Sunday, November 9, 2014

Tips penyusuan susu ibu selama 2 tahun bagi ibu yang bekerja.


Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum kpd semua mummy-mummy di luar sana.
Pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam dunia penyusuan. Buat pengetahuan mummy-mummy sekalian, saya sekarang masih menyusukan anak saya yg telah berumur 1 tahun 1 bulan & masih belum campur susu formula. Walaupun susu saya tidak semeriah susu mummy-mummy di luar sana, tapi saya masih meneruskan perjuangan saya untuk menyusu susu ibu. Saya beruntung mempunyai 2 orang kakak ipar yg juga sangat pro dgn penyusuan susu ibu, tidak lupa juga suami yang sangat supportive.

Di sini saya ingin kongsi tips penyusuan yg berjaya dimana mengikut pengalaman saya & pengalaman mummy-mummy di luar sana:

1.Banyakkan berdoa.
2.Berfikiran positif/tidak stress.
3.Pump susu ketika bekerja.
4.Direct feeding di rumah.
5.Power pumping.
6.Makan makanan yang seimbang.
7.Minum air yang mencukupi.
8.Tandem pumping.

Kalau mummy semua baca di blog-blog lain, jawapannya hampir sama. Di sini juga saya huraikan satu persatu tentang tips2 di atas:

1.Banyakkan berdoa.
Bagi saya doa sangat penting. Saya pernah mengalami pump susu tapi keluar angin sahaja, dan saya rasa down sekejap then saya berdoa setiap selepas selesai solat agar susu saya cukup untuk anak saya. Doa bahasa melayu saja. Alhamdulillah susu saya kembali ada, banyak sedikit demi sedikit. Mummy juga boleh cuba zikir 'Ya Matin' sebanyak 70 kali sehari, kalau takpun sewaktu pump. Maksud 'Ya Matin' ni Maha Sempurna KekuatanNya.

2.Berfikiran positif/tidak stress.
Kajian menunjukkan susu akan berkurang saat kita stress. Jadi kalau stress cuba tenangkan diri, makan coklat ke, tengok cerita lucu ke atau main game atau baca quran ke. Baru susu banyak. Kita juga mestilah berfikiran positif, katakan pada diri kita yg kita akan menyusu selama 2 tahun. Kalau susu kita tak keluar waktu pump, katakan pada diri kita, susu kita ada tapi tidak dapat keluar. Kajian juga mengatakan jumlah susu yang di pump bukanlah indikator berapa banyak susu kita. Bayi kita lebih kuat hisapannya berbanding suction pump susu.

3.Pump susu ketika bekerja.
Mummy-mummy yg bekerja mestilah mengepam susu sewaktu bekerja. Sebaik-baiknya setiap 2 ke 3 jam. Sekali pump saya ambil masa selama 15 minit, tapi bergantung kpd mummy-mummy sekalian. Sebaik-baiknya pump susu itu sehingga breast sudah kering atau 5 minit selepas titisan susu yg terakhir. Tapi sometime kita tak sempat, so pump 10-15 minit pun ok. Ini untuk menggalakkan proses demand vs supply.

4.Direct feeding di rumah
Kalau bayi merengek minta susu, berilah susu. Ini dipanggil breastfeeding on demand(menyusu mengikut keperluan bayi). Malam2, kalau tak berapa rajin pump susu di rumah macam saya, berilah direct feeding/menyusu kepada bayi.  Tapi kalau bayi kita tak berapa minum selang 3 jam, dinasihatkan supaya at least mengepam susu sekali dalam waktu jam 12 tengah malam ke 6 pagi.

5.Power pumping
Power pumping sangat penting utk memastikan susu kita still ada sehinggalah bayi berumur 2 tahun. Teknik ini mimik/menyerupai bayi yg kerap menyusu saat bayi mengalami growth spurt/perkembangan mendadak.
Lakukan at least seminggu sekali. Kalau saya yg susu tak meriah, saya buat setiap hari waktu lunch hour di pejabat.
Cara2nya untuk single pump: pam payudara sebelah kanan 10 minit, kemudian pam payudara sebelah kiri 10 minit, ulangi berselang seli payudara kanan dan kiri berterusan sehingga 1 jam.
Untuk double pump: pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit, kemudian pam balik 10 minit rehat 10 minit berterusan shingga 1 jam.

6.Makan makanan seimbang.
Makan mengikut piramid makanan. Jangan skip makan. Ibu yg menyusu memerlukan lebih kalori berbanding org biasa. Jika mampu, ambil supplement (saya ambil shaklee).


7.Minum air yg mencukupi.
Mummy-mummy mestilah minum air 3 liter sehari. Banyakkan 3 liter!.Ada tips minum air ni tapi saya tak ingat di blog mana. Untuk minum 3000 ml ni, minumlah segelas air (250ml) setiap kali sebelum & selepas solat, insyaallah cukup 3000ml sehari.

8.Tandem pumping.
Tandem pumping maksudnya sebelah breast bayi menyusu & sebelah lagi pump. Ini terutamanya weekend, kadang2 x sempat mengepump, baby dah mintak menyusu.So boleh buat serentak. Awalnya memang terasa susah, tp lama2 kita akan terbiasa.

Ok mummy2, itu saja utk kali ini. Nasihat saya, bersyukurlah atas susu yg di perah tidak kira banyak atau sedikit dan jangan membanding-bandingkan dgn mummy-mummy yg lain kerana keperluan masing-masing anak berlainan.
Semoga bermanfaat.